Assalamualaikum beloved readers , ya I know its been a long time I didnt update my blog .
Sorry tau :) But today I just nak kongsi kat you guys , mostly kepada girls out there .
Kalau ade yang dah gatal² nak kawen tu macam saya yang gatal nak kawen ni kan ;p
Kalau nak cari suami , carilah yang ada ciri² kat bawah ni :) InsyaAllah anda lebih merasa diri ini begitu berharga :)
Berikut disenaraikan di antara 10 sifat calon suami yang baik :
1. Kuat amalan agamanya . Menjaga solat fardhu , kerap berjemaah dan solat pada awal waktu . Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan . Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan .
2. Akhlaknya baik , iaitu seorang yang nampak tegas , tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur . Pertuturannya juga mesti sopan , melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia .
3. Tegas mempertahankan maruahnya . Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya .
4. Amanah , tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalah gunakan kuasa dan kedudukan .
5. Tidak boros , tetapi tidak kedekut . Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana .
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap .
7. Pergaulan yang terbatas , tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia
tahu dirinya mampu berbuat demikian .
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik . Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama .
9. Bertanggungjawab . Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya .
10. Wajah yang tenang , tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan .
Wanita , bijaklah memilih lelaki sebagai pendamping hidupmu . Lihatlah pada sikap dan sifat² terpuji yang ada pada mereka. Andai ada di antara lelaki yang kamu kenali mempunyai sifat² terpuji di atas jadikanlah mereka sebagai pendamping hidup kamu . Berdoalah agar diberikan jodoh yang baik dan soleh walaupun seperti agak payah untuk menemui lelaki sedemikian pada zaman ini tapi insya ALLAH dengan doa dan izin ALLAH pasti menemuinya . insyaALLAH :)
So korang yang baca ni agak² boyfriend korang ade sifat yang macam kat atas tu tak ?
Hopefully ade , kalau takde pun insyaAllah lama² dia akan ada juga sifat² seperti yang kat atas tu :)
Korang nanti ada masa kite update lagi yer ? Sayang korang !
0 si comel:
Post a Comment