MrsAbbey: #Tips Bagi mereka yang putus Cinta

Wednesday, June 29

#Tips Bagi mereka yang putus Cinta

Assalamualaikum readers ! Hey korang pe kabar ? Harap korang sihat sentiasa . Oh today rasa macam nak share something yang eykn dah pernah lalui . Cuma ade tips yang eykn tak sokong tapi itulah yang orang suruh eykn buat . Harap sesiapa yang putus cinta tu , boleh ikot tips ni oke ??

Putus cinta tu sakit . Betol ke ? Hehe . Sikit atau banyak tetap terasa sakitnya . Ada orang yang merana ( cheewaah! ) disebabkan putus cinta ni berbulan-bulan malah ada yang bertahun-tahun . Normal la tu . Kita kan manusia biasa je . Ada perasaan . Kalau orang-orang tu lain la , statik je , takde perasaan .

Ada readers yang tanya aku macam mana nak hilangkan rasa sakit , tekanan akibat putus cinta ni . Aku takde la pakar sangat apatah lagi Doktor Cinta ( Kahkahkah! ) tapi aku kongsi je la apa yang aku tahu . Kawan-kawan terdekat aku pun ada jugak mengadu pasal masalah cinta dorang ni . Kadang-kadang aku pun tak mampu nak buat apa-apa . Sekadar menjadi pendengar yang setia , bagi kata-kata semangat , bagi dorongan je la . Jangan sampai terabaikan diri sendiri sebab cinta ni . Benda remeh temeh je kot .

Ok , terus kepada tajuk utama . Apakah perkara yang perlu dilakukan untuk tenangkan hati akibat putus cinta ni ?

#1 Luah kepada orang yang tersayang
Luahkan & kongsi masalah yang korang hadapi dengan orang-orang yang rapat dengan korang terutamanya keluarga . Ibu adalah pendengar yang setia . Percaya la . Kongsikan dengan rakan-rakan terdekat . Sekurang-kurangnya ada yang mendengar . Meluah dapat mengurangkan tekanan dalam fikiran . Bagi sesiapa yang ada blog tu , boleh luahkan kat blog tapi jangan over sangat . Jangan risau la , pasti ada yang akan memahami , yang akan bagi kata-kata semangat .

#2 Simpan semua pemberian/hadiah
Masa bersama dengan si kekasih dulu , mesti ada hadiah atau barangan yang diterima kan ? Hadiah hari jadi , hari-hari biasa pun tetap dapat jugak kan ? Tak payah kelentong la , aku tau . Haha . Simpan semua hadiah/barangan yang berkaitan dengan si dia . SEMUA! Jangan biarkan fikiran korang terus hanyut memikirkan si dia setiap kali terlihat apa jua barangan yang berkaitan dengan si dia . Kenapa simpan ? Buang terus tak boleh ke ? Sebaiknya jangan la dibuang terus . Kita tak tau apa yang akan terjadi nanti kan . Mungkin ada jodoh dengannya . Kalau nanti confirm kahwin dengan orang lain , buang terus je la . Tak payah simpan lagi semua tu . Bina hidup baru dengan insan lain .

#3 Sibukkan diri dengan aktiviti yang positif
Tips yang ni dah banyak dah aku jumpa . Ada benarnya . Sibukkan diri dengan aktiviti kesukaan . Kalau korang suka memancing , pergi lah memancing sepuas-puasnya . Enjoykan diri dengan rakan-rakan . Jangan biarkan perasaan suram tu terus menyelubungi diri . Kalau suka berblogging tu teruskan menulis dengan kerap . Dengan melakukan aktiviti yang kita suka , sedikit sebanyak kita dapat mengalih fikiran kita terhadap benda lain & tidak terlalu memikrkan perkara tu .

#4 Cari kawan yang berlainan jantina
Kalau korang yang putus cinta ni si gadis , berkawan la ramai-ramai dengan si jejaka & begitu lah sebaliknya . Berkawan pun jangan sampai melampaui batasan adab & agama ya ? Ingat tu . So , dengan mempunyai kawan yang berlainan jantina , korang kena fikir yang korang masih ada ramai pilihan untuk dijadikan teman hidup . Masih ramai lagi yang sudi mendekati korang . Masih ramai lagi yang lebih baik . Ada faham ?

#5 Jangan bersendirian
Kebanyakkan orang yang putus cinta ni suka duduk sorang-sorang , bersendirian , berkurung dalam bilik dan lain-lain lagi yang seumpamanya . Jangan , jangan terlalu mengikut perasaan . Bukannya tak boleh , tapi jangan sampai terpisah dengan dunia luar . Luangkan masa dengan keluarga & kawan-kawan .

#6 Ingat esok masih ada!
Dunia dah berakhirkah kalau si dia tinggalkan korang ? Masa depan korang dah hancur kah kalau si dia pilih yang lain ? Banyak lagi perkara yang lebih penting untuk korang fokus selain masalah cinta . Ambil peluang setelah putus cinta ni untuk fokus kepada keluarga , kepada pelajaran atau kerjaya ! Best tau . Dah takde komitmen , boleh fokus sepenuhnya kepada perkara lain . Bagi yang dah bekerja , boleh kumpul duit banyak-banyak . Haaa

#7 Elakkan dengar lagu sedih
Dah la jiwa tengah kacau , perasaan tak menentu , layan pulak lagu jiwang . Nak masuk dengan jiwa la katakan . Jangan ! Kalau macam tu yang sedih makin pedih . Dengar lagu-lagu yang memberi semangat sikit . Lagu-lagu yang memberi harapan & motivasi .

#8 Kerana dirimu begitu berharga!
Jangan rendah diri kalau ditinggalkan . Ingat , korang ada SATU saja di atas muka bumi ni . Takde korang yang ke-2 , ke-3 dan seterusnya . Hargai diri sendiri . Rasakan diri korang ni hebat . Mampu dapat yang lebih baik dari si dia . Dan jangan lupa muhasabahkan diri korang , jangan lupa perbaiki diri agar lebih baik di masa hadapan . Well , if you're hoping for someone better , you deserve to be better first !

#9 Menangis
Ada orang cakap , entah apa-apa nangis sebab putus cinta & bla bla bla . Ada juga yang cakap don't cry over someone that won't cry over you . Ok , for me , menangis tu salah satu cara meluah perasaan . Meluah melalui titisan air mata yang deras mengalir ( cheewaahh lagii untuk aku . Macam tuuttt ! ) Takde la , jangan la menangis sebab si dia , menangis sebab sedih dah la , nangis sebab hati sakit . Jangan ditahan kalau nak nangis tu . Makin ditahan makin tak menentu . Kalau boleh , nangis la di samping orang tersayang . Kalau boleh , nangis kat riba mak . Olololo comey !

#10 Bayangkan bakal pasanganmu
Yang ni macam psiko diri sendiri . Kena betol-betol paham apa yang aku cakap kalau nak tips ni berkesan . Ok , korang bayangkan siapa bakal pengganti si dia . Bayangkan macam mana korang akan bertemu nanti , macam mana kisahnya . Bayangkan si dia yang bakal kahwin dengan korang nanti mesti comel/cute/hensem/baik/penyayang . Mesti korang rasa happy punya ! Bayangkan siapa yang aku bakal jumpa nanti , mesti dia tu sweet je , baik dan banyak lagi la . Tengok-tengok , aku sendiri yang terkejut sebab aku tengah tersengih tanpa aku sedari . Haaa at least boleh juga happy kan diri kan ? ngeh ngeh

#11 Cari pengganti
Tips yang ni aku tak galakkan sangat melainkan korang mencari pengganti tu untuk di jadikan calon isteri/suami . Boleh ke korang nak sayang orang lain dalam keadaan korang yang masih sakit & merana tu? ( Cheewaaahh lagi ! hehe ) Lupakan la pasal couple-couple ni kalau dah putus cinta . Tapi kalau korang boleh jamin yang korang takkan permainkan insan lain semata-mata mahu mengubati hati/membalas dendam akibat putus cinta ni , boleh je cari pengganti . Dah jumpa tu kahwin je terus . Bina hidup sebaiknya . Itu yang terbaik . Tapi jangan jadi playboy/playgirl , terutamanya PLAYBOY . Cukup tak suka dengan playboy . Ingat la yang ni , kalau kita aniaya orang , esok lusa kita yang akan kena balik . Ingat tu ya?

#12 Dengan mengingati Allah S.W.T., hati akan menjadi tenang
Tips ini adalah yang TERPENTING . Teguhkan pegangan agama . Perbanyakkan & pertingkatkan ibadah . Selalu berdoa agar dikurniakan hati yang tenang , diberkati hidup . Perbanyakkan solat sunat seperti solat sunat hajat , solat sunat istikharah , solat sunat taubat & solat sunat tahajud . InsyaAllah hidup akan lebih bahagia , lebih tenang . Jangan takut untuk solat sunat istikharah . Solat istikharah tu untuk memohon petunjuk dari Allah S.W.T. dan petunjuk itu tak semestinya datang dalam bentuk mimpi , ada yang datang dalam bentuk gerak hati kita dan lain-lain lagi . 

Tips yang aku kongsikan ni bukan la boleh menjamin keberkesanannya , apa yang penting , diri sendiri yang mahu , diri sendiri yang ingin keluar dari kesuraman itu . Jangan mudah berputus asa kepada sesuatu yang sudah menjadi perkara yang remeh temeh . Ingat , semua yang terjadi ada hikmahnya , ada baik buruknya . Bagi yang beragama Islam , dekati diri kepada Allah S.W.T , perbanyakkan bermohon kepada-Nya agar ditenangkan hati .

Harap-harap tips yang aku bagi neh korang boleh pakai oke ?? Hee goodluck !

p/s: Dulu, aku selalu pujuk diri aku dengan ayat ni, "Jodoh tu di tangan Allah.. buat apa nak risau akan perkara yang sudah ditetapkan-Nya? Pasti yang ditetapkan Allah itu adalah yang terbaik.Pasti! Jadi, perlu ke risau? Pasti di penghujungnya yang terbaik menanti."


Adios Amigos !



kalau suke LIKE je ♥ Shekyn.Xevera

0 si comel:

 
Copyright © 2010-2011 . All Rights Reserved by Shekyn Xevera