MrsAbbey: #Keistimewaan Wanita

Friday, July 1

#Keistimewaan Wanita

Hey assalamualaikum korang ^^
Harini hari jumaat kan :)
Selamat datang bulan JULAI ! haha 
Kebetulan hari jumaat harini jatuh pada 1 Julai 2011 
Lame tak update kan guys .
Yela eykn busy sekarang dengan college yang baru start neh . Busy sangat !
Maaf lah korang sebab tinggalkan korang semua :(
Tapi eykn cuba sedaya upaya oke untuk try update lagi !
Hee harini eykn nak cerita pasal KEISTIMEWAAN WANITA !

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki . Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut , 
jawab baginda : " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia . "

2. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh .

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya , darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya .

4. Barang siapa yang membawa hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah ) lalu diberikan kepada keluarganya , maka pahalanya seperti bersedekah . Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki . Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S .

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku ( Rasulullah S.A.W ) di dalam syurga .

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab , maka baginya adalah syurga .

7. Daripada Aisyah r.a. " Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya , lalu dia berbuat baik kepada mereka , maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka . "

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu .

9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu , maka jawablah panggilan ibumu dahulu .

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga . Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab .

11. Wanita yang taat akan suaminya , semua ikan-ikan di laut , burung di udara , malaikat di langit , matahari dan bulan , semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya ( serta menjaga sembahyang dan puasanya ) .

12. Aisyah r.a berkata " Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W , siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita ? Jawab baginda .. ,  " Suaminya . " " Siapa pula berhak terhadap lelaki ? " Jawab Rasulullah S.A.W .." Ibunya . "

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu , puasa sebulan Ramadan , memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya , masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki .

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama , maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 tahun ) .

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya , maka beristighfarlah para malaikat untuknya . Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan .

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin , maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T .

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak , keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya .

18. Apabila telah lahir ( anak ) lalu disusui , maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan .

19. Apabila semalaman ( ibu ) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit , maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T .

Hey indahnya kebesaran Allah SWT tu kan kawan²
Dan eykn sangat beruntung dan bersyukur keatas keistimewaan yang dia telah bagi sebagai seorang wanita :)
Jadi korang boleh lah jadikan benda neh sebagai panduan hidup .
Untuk penkid kat luar sana , wtpe lah korang nak jadi lelaki , kalau da hakikat tu korang perempuan ??
Korang tak nampak ke ape yang Allah tu dah bagi kat korang ??
Mudah sangat nak dapatkan pahala . Tetapi korang pulak buat dosa .
Ohh maaf lah , kalau eykn punya bahasa kasar ^^
Tapi berubah lah selagi belum telambat . Oke ?
Heee :)
Thanks for reading !


kalau suke LIKE je ♥ Shekyn.Xevera

0 si comel:

 
Copyright © 2010-2011 . All Rights Reserved by Shekyn Xevera